Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Laut


Tentara Nasional Indonesia-Angkatan Laut (disingkatkan kepada TNI-AL, dalam Bahasa Inggeris "Indonesian National Military-Naval Force") adalah cabang laut bagi Tentara Nasional Indonesia. Ia ditubuhkan pada 10 September 1945 dan mempunyai tanggungjawab meronda kawasan pesisiran Indonesia yang panjang, untuk menguatkuasa dan membuat rondaan perairan wilayah dan zon ekonomi eksklusif (EEZ) Indonesia, untuk melindungi kepentingan strategik maritim Indonesia, untuk melindungi pulau-pulau seluruh Indonesia, dan mempertahankannya dari ancaman serangan laut. Ia mempunyai sekitar 126 buah kapal perang pelbagai kelas dan jenis, menjadikan angkatan ini sebagai salah satu angkatan tentera laut yang terbesar dari segi keanggotaan dalam kalangan negara-negara Asia Tenggara.Angkatan Laut ini dipimpin oleh seorang Kepala Staf (disingkatkan kepada Kasal). Angkatan ini turut diperkuatkan dengan tiga armada utama yang dikenali sebagai "Armada" iaitu Komando Armada I (Markas 1 Armada) bertempat di Jakarta, Komando Armada II (Markas 2 Armada) bertempat di Surabaya, Komando Armada III (Markas 3 Armada) bertempat di Sorong, dan sebuah Markas Angkutan Laut Tentera (Komando Lintas Laut Militer). Angkatan Laut juga memimpin Korps Marinir Indonesia.Semua kapal dalam armada TNI-AL membawa imbuhan awalan KRI yang bermaksud Kapal Republik Indonesia (Republic of Indonesia Ship).

Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Laut

Sebahagian daripada Tentara Nasional Indonesia
Ditubuhkan pada 10 September 1945
Kapal perang dan perlengkapannya 150[2] (2012)
Kepala Staf Laksamana Siwi Sukma Adji[3]
Roundel & Fin Flash 75px 75px
Pertempuran Pertempuran Laut Aru
Laman web http://www.tnial.mil.id/
Saiz 74,000[1] (2011)
Negara  Indonesia
Moto Jalesveva Jayamahe
(bahasa Sanskrit, lit:"Di Laut Kejayaan Kita")
Wakil Kepala Staf Laksamana Madya Achmad Taufiqoerrochman
Bendera Kapal 75px
Jenis Tentera laut